18 Februari 2020
Kemaskini Akhir: 06 Februari 2020.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

08012001

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah dimasyhurkan sebagai Ahli Hall of Honor Canadian Land Force Command and Staff College (CLFCSC). Majlis pemasyhuran tersebut turut mencatat sejarah tersendiri bilamana Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah merupakan penuntut luar negara pertama dari alumni kolej berkenaan, yang dilantik menjadi Panglima Tentera Darat.

Majlis pemasyhuran ini dilaksana dan diraikan sempena Majlis Graduasi Penuntut Staff College CLFCSC siri 41/2019. Acara pemasyhuran kepada PTD telah disempurnakan oleh Komandan CLFCSC, Colonel R.T Strickland CD. Personaliti yang layak dimasyhurkan sebagai ahli Hall of Honor CLFCDC adalah terdiri daripada alumni kolej ini yang telah berjaya menjawat jawatan tertinggi di dalam perkhidmatan masing-masing.

Pemasyhuran ini secara langsung memberi pengiktirafan secara nyata dan merupakan penghormatan berprestij tertinggi CLFCSC kepada alumninya. Ia melakarkan satu sejarah kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan negara Malaysia di mata dunia.

Tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Panglima Tentera Darat dan ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.