spread
UTAMA | MAKLUMAT | Panduan Pengguna | Perkhidmatan Talian
Panduan Perkhidmatan Talian Pengguna

Sila patuhi prosedur yang telah ditetapkan semasa menggunakan Perkhidmatan Talian Pengguna:

1.  KATEGORI: Sila pilih kategori maklumat yang ingin anda sampaikan sama ada ADUAN atau PERTANYAAN atau CADANGAN.
 
2.  NAMA PENUH: Sila masukkan nama penuh anda (Contoh: Abu Bakar bin Ismail). Pengguna yang menggunakan nama singkatan atau bukan nama penuh tidak akan diproses dan diabaikan oleh pihak Pentadbir Portal.

3.  NOMBOR KAD PENGENALAN / TENTERA:  Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Tentera Anda. Bagi Kad Pengenalan Awam (contoh: 140589092847) dan bagi Anggota Tentera (contoh: 1092837). Semakan Kad Pengenalan akan dilakukan dan jika didapati maklumat ini tidak betul maka maklumat anda tidak akan diproses dan diabaikan oleh pihak Pentadbir Portal.

4.  EMAIL: Sila masukkan alamat email yang sah. Maklumat ini digunakan untuk memberi maklumbalas. Semakan akan dilakukan dan sekiranya maklumat ini tidak sah maka maklumat anda tidak akan diproses dan diabaikan oleh pihak Pentadbir Portal.

5.  NOMBOR TELEFON:  Terdapat prosedur yang mana pihak Tentera Darat Malaysia akan menghubungi anda bagi tujuan mendapatkan maklumat atau keterangan lanjut terhadap maklumat yang dihantar. Sila masukkan nombor telefon yang boleh pihak kami hubungi.

6.  TARIKH: Masukkan tarikh maklumat  anda.

7.  KETERANGAN: Masukkan maklumat keterangan anda. Gunakan susunan ayat dan tatabahasa yang betul. Mana-mana keterangan yang menggunakan susunan ayat atau penggunaan bahasa yang tidak bersesuaian maka ia tidak akan diproses dan diabaikan oleh pihak Pentadbir Portal.

8.  MAKLUMBALAS DIKEHENDAKI: Sila nyatakan apakah maklumbalas yang ingin anda kehendaki berdasarkan keterangan anda. Gunakan susunan ayat dan tatabahasa yang betul. Mana-mana maklumbalas yang menggunakan susunan ayat atau penggunaan bahasa yang tidak bersesuaian maka ia tidak akan diproses dan diabaikan oleh pihak Pentadbir Portal.

9.  Untuk menggunakan perkhidmatan ini sila pilih kategori yang tertera dibawah: