spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Teknologi VIRTSIM Pertingkat Kemahiran Pertempuran Anggota TD
19
Aug
Teknologi VIRTSIM Pertingkat Kemahiran Pertempuran Anggota TD
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

10081701

NEGERI SEMBILAN: Sejarah Tentera Darat (TD) terukir lagi apabila Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim merasmikan Immersive Virtual Training Simulator (VIRTSIM) yang merupakan teknologi latihan peperangan mengunakan Simulator Arena Realiti Maya 3D bagi membolehkan anggota TD melaksanakan latihan pertempuran seolah berada dalam situasi pertempuran sebenar di Pusat Olah Perang TD pada 14 Ogos 2017.

VIRTSIM merupakan teknologi yang menyediakan latar belakang persekitaran latihan yang dapat diubah-ubah mengikut kehendak latihan berasaskan realiti maya yang dapat memberi latihan kepada anggota TD berlatih dalam apa juga keadaan iklim, bentuk muka bumi dan limitasi logistik dimana teknologi ini membolehkan segala masalah ini diatasi.

Sistem ini membolehkan anggota TD mengasah kemahiran taktikal ketenteraan, meningkatkan kebolehsuaian terhadap suasana pertempuran dan mencapai objektif latihan yang ditetapkan dengan kesemua bentuk latihan dapat dibuat di arena realiti maya bersaiz gelanggang bola keranjang.

Teknologi realiti maya ini merupakan teknologi keluaran Motion Reality, Inc dari Amerika Syarikat yang berjaya mencipta rupa bentuk badan manusia secara maya seiring dengan pergerakan semasa di alam nyata dengan menangkap gerakan nyata dan disalurkan dalam bentuk data yang dinamik secara saintifik.

Antara kelebihan sistem ini, ianya mengunakan ruang yang terhad dengan anggota akan memakai sistem pengesan khas dan Head Mounted Display supaya mereka boleh menyelami sepenuhnya persekitaran latihan realiti maya 3D dan pada masa sama dapat menukar senario pertempuran dalam beberapa minit melalui program yang ditetapkan serta dapat merekod setiap sesi latihan dari kesemua sudut untuk dipertonton semula.

Selain itu, latihan dapat dilaksanakan dalam apa jua keadaan dan selamat kerana mengurangkan risiko kecederaan kepada anggota dimana lapan hingga 12 anggota dapat melaksanakan latihan pertempuran selama satu jam untuk satu senario yang meliputi 48 senario pertempuran.

Dalam sidang akhbar, PTD mengucapakan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan berasa amat bangga dengan perolehan sistem ini kerana didunia Malaysia merupakan negara ketiga yang mengunakan sistem ini selepas Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.

“Teknologi ini adalah teknologi terkini yang dapat membantu anggota TD memahirkan lagi kemahiran pertempuran individu serta kumpulan yang mana pada masa sama dapat menjalani latihan dari pelbagai sudut dalam apa jua keadaan.

“Jika situasi latihan pertempuran seorang anggota memerlukan 10 kali latihan untuk memahirkan diri dengan kos latihan sebenar yang banyak tetapi dengan adanya sistem ini berkemungkinan hanya memerlukan lapan kali latihan dan hanya dua kali latihan sebenar dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos setiap latihan,” tegas PTD.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi , Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah