spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | PM Bersama Warga 4 Bgd Mek
04
Jun
PM Bersama Warga 4 Bgd Mek
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

06061703

PAHANG: Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak berkesempatan beramah mesra serta menyampaikan sumbangan kepada orang kelainan upaya dan saudara baharu bersama warga 4 Bgd Mekanize  di Dewan Sri Panching Rumah Keluarga Angkatan Tentera pada 3 Jun 2017.

Terdahulu ketibaan beliau disambut oleh Panglima 4 Bgd Mek,Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu selaku tuan rumah lalu terus menunaikan Solat Isyak dan Tarawih di Surau Al-Ikhwan bersama lebih 1,000 jemaah yang terdiri daripada anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan pegawai di bawah naungan 4 Bgd Mek.

Dalam ucapan PM, beliau mahukan pasukan keselamatan termasuk anggota polis dan tentera diminta berpegang teguh kepada konsep wala’ atau kesetiaan kepada pemimpin untuk memastikan keamanan dan kemajuan yang dikecapi negara terus terpelihara.

Selain itu, keamanan dikecapi negara pada masa ini tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya ia hasil usaha keras yang dilakukan oleh pasukan keselamatan selama ini.

“Kita patut setia kepada pemimpin dan kita patut tahu sebuah tamadun boleh hancur jika kita tidak mengamalkan prinsip kesetiaan dan sebagai contoh terdekat peristiwa di Lahad Datu empat tahun lalu yang mana terdapat orang kita membocorkan  maklumat pergerakan kumpulan sendiri kepada musuh.

“Saya amat bangga dengan anggota tentera kerana sifat yang begitu taat setia kepada pemimpin dan saya berjanji serta memberi jaminan akan terus menjaga kebajikan warga tentera di negara ini mengikut kemampuan kerajaan,” katanya.

Beliau yang pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun turut mengatakan di dalam Islam sendiri, prinsip kesetiaan kepada pemimpin yang dipilih secara sah amat ditekankan selagi pemimpin berkenaan tidak menyuruh melakukan sesuatu yang melanggar hukum syarak.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob dan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.