spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Raja Perlis Berbuka Puasa Bersama Warga RRD dan KPTD
04
Jun
Raja Perlis Berbuka Puasa Bersama Warga RRD dan KPTD
Ditulis oleh www.bedmonline.net   

06061702

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullai selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Kol Yang Dipertua RRD dan KPTD di Masjid Al-Fateh Wardieburn pada 3 Jun 2017.

Terdahulu keberangkatan tiba Tuanku disambut oleh Pengerusi RRD, Lt Jen Datuk Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar bersama Pengerusi KPTD, Brig Jen Dato’ Mohd Naser Hj Murad di perkarangan masjid.

Selepas berbuka puasa baginda menyertai jemaah yang hadir untuk menunaikan solat Maghrib serta Tarawih, setelah selesai solat majlis diteruskan dengan santapan serta penyampaian cek bernilai RM60,000.00 oleh Yayasan Kol YDP kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan beban mereka didalam kesusahan.

Turut hadir Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohamad Zakaria Yadi.