spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | 5th Div Inf Royal Thai Army Lawat Kawasan Operasi
28
May
5th Div Inf Royal Thai Army Lawat Kawasan Operasi
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

06061701

KEDAH: Seramai 14 pegawai dan anggota dari 5th Inf Div Royal Thai Army diketuai Mej Jen Sittiporn Musikasin melakukan lawatan ke kawsan operasi dibawah naungan Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Bgd) pada 27 Mei 2017. Ketibaan rombongan disambut oleh Pegawai Memerintah 24 RAMD, Lt Kol Mohamed Fauzi Kamis. Lawatan selama sejam itu bertujuan memberi gambaran am berkenaan operasi yang dilaksanakan oleh TDM di kawasan sempadan Malaysia dan Thailand.

Lawatan ini juga dilihat memberi gambaran hubungan erat antara Tentera Darat Malaysia dengan Royal Thailand Army (RTA) yg beroperasi dikawasan yang bertentangan. Pada masa yang sama delegasi lawatan turut bermurah hati dengan menyampaikan sumbangan berupa kurma dan snek ringan bagi anggota kompeni sempena kedatangan Bulan Ramadhan.