spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Tabung Ihya’ Ramadhan Dilancarkan
27
May
Tabung Ihya’ Ramadhan Dilancarkan
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

02061703

KUALA LUMPUR:  Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor  menyempurnakan Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan dan pengagihan sumbangan zakat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid pada 26 Mei  2017.

Tabung Ihya’ Ramadhan ini merupakan sumbangan daripada warga ATM bagi menampung segala aktiviti masjid disepanjang bulan ramadhan selain memberi zakat kepada golongan Asnaf seramai 30 orang daripada 246 orang yang layak menerima sumbangan serta memberikan sumbangan zakat kepada masjid dan surau ATM seluruh negara sebagaimana dirancang oleh pihak ATM dan dikoordinasikan oleh Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Terdahulu dari itu, turut diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Perunding Motivasi Dan Penceramah Bebas, Syeikh Hj Ismail Hj Hashim dan Pelancaran Buku ‘Ramadhan Retreat’.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut (PTL), Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, pegawai-pegawai kanan dan warga ATM serta awam Kementerian Pertahanan.