spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | PTD Rasmi Kursus Doktor Pengurusan
26
May
PTD Rasmi Kursus Doktor Pengurusan
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

02061702

NEGERI SEMBILAN:  Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim merasmikan Majlis Pembukaan Kursus Doktor Pengurusan (DOM) Tentera Darat (TD) Siri 1/2017 melibatkan 13 penuntut terdiri daripada sembilan pegawai kanan TD, dua pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan satu pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Dewan Al-Farabi, Institut Pegawai Kanan (INSPEKA) TD pada 25 Mei 2017.

Kursus ini adalah kerjasama dengan Universiti Malaya yang menawarkan pengajian Kursus Doktor Pengurusan yang diselaraskan di bawah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.

Dalam ucapan PTD, beliau berkata walaupun program ini bermula dengan TD tetapi dapat dipertingkatkan program ini kepada tahap ATM dengan cara membuka ruang kepada pegawai-pegawai dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan mahupun dari pihak pengurusan awam Kementerian Pertahanan.

“Kursus ini merupakan salah satu program atau rancangan untuk mengekalkan insan yang intelektual dari peringkat ijazah yang berkenaan dengan senario ketenteraan dan merupakan salah satu program dalam menentukan atau menyediakan pegawai-pegawai dalam ATM untuk mendapat pengiktirafan ke peringkat-peringkat yang tertentu yang mana ia merupakan satu peningkatan dan pengurusan kursus yang baharu pada tahun ini,” jelas beliau.

Selesai acara perasmian kursus, PTD diberi penghormatan merasmikan Dewan Jen Tun Ibrahim dan menandatangani Buku Lawatan.

Turut hadir Panglima Latihan TD,  Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Dr. Rohana Yusof dan Komandan INSPEKA, Brig Jen Dr A. Endry Nixon.