spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Pengarah PUTD Lawat Rejimen 881 PUTD
19
May
Pengarah PUTD Lawat Rejimen 881 PUTD
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

19051703

JOHOR:   Seramai 23 pegawai dan 135 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) terlibat dalam Perbarisan Sempena Lawatan Ulung Pengarah PUTD diketuai Mej Shukorullah Abdullah di  Padang Kawad Disperal Area pada 12 Mei 2017.

Dalam ucapan Pengarah PUTD, Kol Mohd Yazid Yusuf beliau mahukan setiap warga PUTD sentiasa berusaha melangkah kehadapan untuk kecemerlangan mutu kerja di pasukan dan berbangga dengan PUTD yang sentiasa maju seiring dengan perkembangan peredaran zaman.

“Warga PUTD harus melaksanakan amanah yang diberikan oleh TD untuk memberi bantuan tempur dan juruterbang dilatih untuk mendidik diri sendiri dan boleh melakukan penerbangan taktikal dan berjuang serta rajin berlatih untuk menambah keyakinan diri bagi melaksanakan tugas dengan berani,” tegas beliau.

Turut hadir Pegawai Memerintah Rejimen 881 PUTD, Lt Kol Mohamad Nazri Ahmad.