spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Raja Bahrain Dianugerah Beret Merun Dan Sayap Kehormat
02
May
Raja Bahrain Dianugerah Beret Merun Dan Sayap Kehormat
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

05051702

KUALA LUMPUR: King Of The Kingdom Of Bahrain, His Majesty King Hamad Isa Al Khalifa,  dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Kehormat 10 Briged Para sempena lawatan rasminya ke Malaysia dari 1 Mei sehingga 3 Mei 2017. Anugerah tersebut disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi pada 1 Mei 2017.

Penganugerahan tertinggi dari 10 Bgd Para ini merupakan satu penghormatan khas kepada pemimpin atasan tentera atau kerajaan samada dari dalam dan luar negara  berdasarkan komitmen serta jasa yang dicurahkan.

Pada masa yang sama turut diadakan demonstrasi keupayaan tempur,  pertunjukkan udara, Tempur Tanpa Senjata dan Tarian  Perang 10 Bgd Para melibatkan 25 pegawai dan 850 anggota Lain-Lain Pangkat 10 Bgd Para.

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dan panglima-panglima perkhidmatan yang lain serta delegasi Raja Bahrain.